BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2011

Hargai perempuan kamu

Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat dat
ang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

Thursday 20 October 2011

bila perempuan mahu menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Tuesday 4 October 2011

try not to hate your boyfriend's ex!!







Bencikan anda pada ur boyfriend/girlfriend, husband or your wife's EX?kadang2 kita kene terima,kite bukan cinta pertama dia..maybe kite ni cinta kedua.or cinta yg xterkira bilangan nya..

selalu sangat aku dengar kawan2.orang sekeliling....or sesiapa saja merungut:-


i hate my bf’ex..She’s annoying..She’s too perfect, oh I hate it..mencikkk die, dah clash still nak msg lagi my boyfie.. Always texting my bf..Telling him things that happened in the past..mencik!!



ha..tu perkara normal terjadi kan.kdang2,sampai kite obsess nak tahu tentang ex pasangan kita..sampaikan status kita bertukar jadi permanent stalker tak bergaji..yang lebih teruk..ada sampai sanggup buat fake fb semata2 nak add boyfriend’s ex, just nak stalk semua tentang dia.kadang2 dengan boyfie pon kita mengungkit semua..habis diselak digondol asalkan kita tahu tentang ex dia.sampaikan menda kecik2 pon kita leh sakit hati..oo.dengan ex awk..awk bagi bunga besar cam gajah..ngn saya awk bagi bunga kecik giler sampai tengok dengan kanta pembesar pon xnampak lagi!!mencik awak!

nasihat aku..first...jangan benci ur bf’ex..menda yang lepas biarkan jelah..maybe ade benda pasal dia yang kite cemburu, xpuas hati or apa..tapi think positive la..pasti ada yang istimewa pada kita yang buatkan die pilih kita, not his ex kan?
Then kita tak payah kot nak berlebih2..cam nak masuk pertandingan miss universe pon ade just nak bagi nampak kita lebih dari ex dia. bagi aku, nak menawan hati bf.no need untuk berlawan2..just be yourself. maybe kita risau because shes apparently prettier then you in your bf eyes..tapi itu just perasan kita je..Just remember, if he still liked her he would still be with her..if not..Mean that..we are beautiful enuf in his eyes rite?
kita pon xpayahlah nak stalk die..nak comparing die dengan kite..buang masa..xpayah nak usha apa die pakai..bedak ape die pakai..berapa saiz bra die..cun ke die..bagaimana die..ingat, kita xkan dapat apa2 dengan stalk our bf’s ex.kita tak akan dapat menangkan hati die dengan cara sebegitu..apa yang penting..kalau kita nak bahagia..jadilah diri kita sendiri.

tak perlu bertanya..saya dengan ex awk mana baik?saya ngn ex awk mana lagi sopan?saya ngn ex awak mana lagi cantik?no need babe trust me it wont gain anything beneficial. kalau kita buat mcm tu..seolah olah kita tak ihklas menyayangi pasangan kita..kita jadilah pasangan yang terbaik untuk dia, ikhlas..percayalah..satu hari..bf kita pulak akan cakap..awk xterbanding dengan sesiapa pon..even my ex.awk lebih segala2nya..kan dah berbunge2 hati?
aku pulak?

-kalaulah..bf aku ada ex..aku tak akan membenci his ex melainkan his ex yang menginginkan aku membenci dia.. I will never hate her without even knowing her.
aku terima masa silam bf aku dengan dia dan aku cuba untuk tidak mempersoalkan..aku tak akan dan tidak pernah cuba untuk berlawan dengan dia hanya kerana untuk memenangi hati pasangan aku..sebab aku nak pasangan aku meyayangi aku seadanya..
aku x akan pernah nak stalk tentang ex die semua, or nak tahu everything tentang die..memadai aku tahu nama die siapa..setakat mana pasangan aku menceritakan tentang dia.setakat itu sahaja.aku tidak mahu tahu lebih.just wasting my time.isnt it?
dan setiapkali aku memikirkan tentang perasaan pasangan aku terhadap die yang boleh buat aku jeles tahap bangang....aku akan set awal2 dalam kepala aku.. (ini hanya terapi dalaman sahaja tuk buat aku confident)

am I rite?


-Acted like I was better than she was. have a strong attitude, and just act like I am better than everyone else around me (not in a rude way, I just act like nobody has the authority to put me down!). This makes me feel stronger and more confident. Acting is more powerful than you think!

TO ALL THE GOOD LADIES OUT THERE...IF THE MAN IS WITH YOU AND NOT HER, FORGET ABOUT THE EX !!She is not worth your troubles.we are all jealousy by nature..i mean we just are.. So just enjoy your man.
vice versa for guys..dont hate ur gf’ex.:)


p/s: ini hanyalah pesanan saje..tiada kene mengena dengan aku. I have a boyfriend. i don’t have time to care about his past..his ex..or everything happened before..but this bf..i do care so much!

Thursday 29 September 2011

konfum kau kena tinggal kalau perangai camni!!





hey im back for good no worries..

biasanya apabila kite tinggalkan seseorang kita akan di cop sebagai kejam and tak berhati perut serta tidak bertali pusat..dan normally,.apabila kite berada di pihak yang meninggalkan seseorang..pasti orang akan menyalahkan kite exspecially our ex..and for sure they will say that..we leave him because we have another etc so on and so forth..

but..kalu benar aku sayang kat seseorang..aku tak kan tinggalkan dia untuk orang yang lebih baik..lebih kaya..lebih hensem or lebih bertamadun dari dia..

but..because of this..

dia berhati busuk..time kapel instint dah rasa yang dia ni manusia yg tak suci ati..i mean,time dia dengan aku..dia akan puji2 aku..and bila time dia dah berpisah ngn aku..dia akan burukkan aku depan kawan2 die..contohnya..time bersama lagi..die dah sound2 aku..pastu bile clash..tut2 aku dengar cerita tak enak tentang aku yg kuar dari mulut dia..

so bila aku dengar die badmouth tentang aku..no wonder la hati aku rasa agak lain macam je bila ngn dia..die deserved untuk ditinggalkan

dia tak dapat menerima aku seadaanya..ya..dia memang sayang aku..tapi sayang tu sangat2 bersyarat..nak aku jadik macam tu lah..jadik macam nilah..aku plak tak bleh nak ubah dia..tapi die suka2 hati je nak ubah aku supaya jadik apa yang dia nak..

so..aku rasa dia tak cintakan aku pun..dia cintakan pantulan dirinya yang ada pada aku..so..dia deserved untuk ditinggalkan..

dia kedekut dan berkira gila ngn aku..hello dont get me wrong..aku bukan nak harta or kikis duit dia..tak kesah and tak mati pon tanpa duit dia..tapi sebagai lelaki..aku rasa dia tak patut nak berkira..kalau first2 dating pon bayar asing2..pastu balance duit 45sen pon nak mintak sampai siap msg lagi "you tadi ade lagik kan balance 30sen kn"..
sure2 tak sampai sejam setengah lagik konfum bye-bye..

dia sayang aku tapi asyik duk cerita or sebut tentang pompuan lain depan aku..
like " i sukelah tengok minah tu..cun giler..hari2 i rase mcm nak stalk die"..
" eh u tau tak..makwe kwn i cun giler u tau..style abes"..
siyes aku rase mcm celake je kalau dapat bf yang suke sgt duk puji org lain depan aku..i just try to be honest here..tak kesahlah kite hudoh camne pon..kite ade satu perasaan bahawa kite tak suka pasangan kite selalu memuji org lain depan kita..kn??

terlalu berprasangka and tak percaya..siyes aku bosan ngn orang mcm ni..sampaikan aku nak berak pon kene bawak handphone sbb tak percaya.
aku g masjid cakap aku g clubbing(tak bleh blah contoh..haha)
pastu duk tuduh2 aku like " u ngn lelaki kn?kn?lelaki ade kat sebelah u kn??"..kalau 400 juta kali duk repeat benda yang sama aku pon bleh jadik sewel...ewwwww tau tak..percaya adalah benda yg paling pentingggg dlm relationship..

dia selalu bandingkan aku ngn orang lain..
" you tau tak..ex i dulu tak pernah pon mintak duit ngn i ..u ni suke2 ati je mintak duit ngn i(padahal 2 ringgit je pon.)."..
u tau tak..ex i dulu pandai je amik hati i..u ni asyik buat i marah je.."
hello nak sgt cakap ur ex depan aku..go and tido kat bawah ketiak dia lah yang sebok2 nak datang kat kita tu apakehel kn?

dia sayang aku tapi bersikap kasar dan panas baran..
aku salah sikit..hempas pintu kereta cam nak tercabut(kereta dahlah buruk nak mampus tunggu masa nak jahanam je)..
salah sikit je..dia tengking aku sampaikan pengsan mak aku yang dengar.
.aku salah sikit je..dia pukul aku..aku salah sikit je..dia marah aku macam aku ni ketua gengster yang bunuh laki makcik dia..
pas dia marah2..pas dia tengking2..pas dia pukul2..dia dtg nangis2 n mintak maaf and janji tak buat lagik..pastu dia buat lagik and lagik..so if aku tinggalkan dia..dia really deserved it kn??

dia sayang aku..aku sayang dia..tapi keluarga aku tak suka dia...keluarga aku tak boleh terima dia..keluarga aku tak restu..so nak tak nak..aku harus tinggalkan dia sebab sebelum kahwin..family adalah segala2nya bagi aku...aku hanya akan bersama orang yang mak aku restu dan suka je..

aku sayang dia..dia sayang aku..tapi keadaan yang tidak membolehkan aku bersama dia..maybe dengan bersama dia..aku akan melukakan hati banyak orang..dengan bersama dia..keadaan menjadi semakin worse and worse.dengan bersama dia..akan banyak airmata yang gugur dan dengan bersama dia samalah seperti aku memberi derita pada orang lain..nak tak nak..aku terpaksa mengalah dan bekorban bukan kerana aku tak nak kat dia..tapi aku tak nak keadaan makin teruk apabila aku bersama dia..

so..kadang2..setiap hubungan yang berakhir..pasti akan ade sebab disebaliknya...tak semua orang yang tinggalkan orang lain tu jahat dan kejam..kadang2 setiap orang ada sebab yang tersendiri kenapa dia buat camtu..

so guys...kalau u all tak nak one day orang yg u all sayang tinggalkan korang..pandai2lah korang..(reminder for myself gak)

and please..everytime kite ditinggalkan..please dont fully blame others..maybe kite pon turut sama bersalah dalam urusan tinggal meninggalkan itu..

harap maklum..:)



Thanks for reading this..


ELEKTRIK

Jumaat, 30 september 2011
jam 1:05AM

masih 100% sedar.
belum dikuasai sedikit pun rasa mengantuk

pernah tak kamu bila terfikirkan seseorang, perasaan tu berbunga bunga?
gembira sangat lah kan :)
tuhan saja yang tau apa yag direncanakan untuk aku.


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya mampu menjadi milikmu seorang.

“Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.”

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

“Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?”

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dulu lah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

“Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.”

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

“Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.”

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

“Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.”

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

“Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya.”

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga


Insyaallah, AY

Wednesday 28 September 2011

Saya tak suka kalau

Aku : weii hensem bf kau.
Alin : kau jangan lebih lebih ok
Aku : hehe takda la
Alin : kau rampas bf aku, aku rampas balik bf kau
Aku ; Loooolllll??????


Assalamualaikum :)

Masih dalam keadaan baik. Sehat.
Cuma tertanya tanya beberapa hari ni,


APA PERASAAN PEREMPUAN KALAU PEREMPUAN LAIN RAMPAS BF/SUAMI OR TUNANG?


For sure sakit kan? ive been in that situation , once.
Apa yang korang buat?
Menangis? For sure kan.
Merayu untuk dia balik kat kita? For sure jugak kan?

mesti pihak perempuan yang merampas tu akan dipersalahkan

Cukuplah maruah kita dijatukan sekali, jangan kita sendiri menjatuhkan maruah kita berkali-kali


kan? biarlah orang kalau dah tak reti nak menghargai. we deserve to be happy. you have to move on. One day kamu akan jumpa somebody lagi best dari dia tu. masa tu bila ingat balik betapa teruknya kamu meraung raung menangis-nangis, kamu dah boleh tersenyum balik. senyum macam ni (>_____< ) HAHA! sebabb memikirkan betapa bengongnya kamu menangis for the wrong person

karma baby.
belive me :)

but its ok
we learn from mistakes kan
for the next relationship kita akan lebih berhati, like someone said to me lah :

"Perbaiki masa lalu dan sonsang untuk hari esok yang lebih cerah dan bahagia"

try to accept dengan hati yang terbuka bukan jodoh ALLAH bagi untuk kita.
jangan la dendam.
sebab dendam tu akan makan diri kita sendiri.
elok isi masa lapang jangan biar diri sendiri alone, dekatkan diri dengan pencipta kita.
masa tu syaitan dan iblis akan racun hati kita, masuk kedalam setiap corong hati kita yang kosong tu.
thats why ramai yang ambik tindakan mudah untuk mati bila putus cinta

saya jugak pernah jatuh cinta, jugak pernah kecewa sebab cinta.
tapi jangan sebab kita terkena sekali, kita jadi takut untuk mencuba.
itu niat orang yang putus asa. tak perlu nak tergesa-gesa. sebab Allah dah aturkan semuanya cukup cantik dan molek bagi setiap hambanya. cuma kita saja, yang mau atau tidak.

kepada perempuan itu :

mendoakan jodoh kalian berpanjangan. cuma, seeloknya kalau ada berbuat silap tu mintak maaflah. perkataan maaf tu sangat menyejukkan hati walaupun diungkap sepatah saja. kita tak tau kadang-kadang perbuatan kita tu kita anggap biasa, tapi bagi orang lain luar biasa dan terus orang tu kecik hati. kita nak hidup kat dunia ni tak lama, satu masa nanti kita akan jumpa kat akhirat nanti, masa tu akan dihijab semua. takut kan?

kepada perempuan yang dirampas :

sabarlah. jodoh itu abstrak. cinta urusan hati, dan hati pulak urusan Allah.
kita taktau apa sebenar-benarnya yang tertulis secara zahir. mungkin yang diungkapkan mulut itu bukan  100% dari kalbu? faham kan? percaya la, Allah kurniakan kamu sebaik baik lelaki yang mana kamu diciptakan dari rusuknya. maafkan dia yang merampas, bukan merampas tapi sebenarnya elok saya katakan "BUKAN JODOH" fahami ayat itu :)



kepada perempuan yang merampas :

bersua la dengan dia, suarakan semua dari hati kecilmu. terangkan pada dia. sesungguhnya seorang perempuan  lebih memahami apa perasaan perempuan. usah berdiam diri atau mengeluarkan kata-kata yang tak elok. takut nanti "ibarat meludah kelangit"



lebih baik menjadi yang kedua tapi selalu diutamakan daripada jadi yang pertama tapi diduakan



sekian, terima kasih
DN

Tuesday 20 September 2011

SILENT

Assalamualaikum
selamat pagi

Ada sesuatu yang mau saya katakan, tapi tak terbicara oleh bibir. maka saya turunkan kata kata itu dari hati terus ke jari. 

Seseorang pernah kata pada saya  :
 "dalam dunia ni, jangan terlampau fikirkan perasaan orang kalau perasaan kita sendiri terabai"

saya cuba memahami kata kata tersebut. perlu jadi kejamkah? heartless?
susah. sebab saya manusia yang ada hati perasaan dan fikiran.


diana, masalah tu bukan untuk difikirkan tapi untuk diselesaikan.
apa bengap bebenor kamu. kalau tak fikir macamana nak dapat jalan penyelesaian?

orang sekeliling? takkan tolong kamu. mungkin akan ada yang tundingkan jari pada kamu. mungkin ada
yang akan terus ketawakan kamu. cuma yang benar benar sahabat akan datang dekat kamu, pegang tangan kamu dan bangunkan kamu dari jatuh lagi. pegang erat.

sebak masa menaip post ni. sebab semuanya dari hati
pernah kamu dipersalahkan ? mungkin kali tanpa sebab kamu dipersalahkan?
mengikut kata hati? untuk buat kamu gembira. saya disituasi itu.
ibu kata, ikut kata hati tak salah walaupun orang kata yang kata hati tu tak semestinya betul. tapi tak salahkan kalau kita ikut dan mencuba yang terbaik untuk dapatkan apa kata hati kita mau? sekurang-kurangnya kalau kita tak dapat dan bukan rezeki kita, kita dah mencuba. dan bukannya kita duduk saja untuk lihat apa yang kita mau tu berlalu saja depan mata. lagi sakit bukan?

sayang, saya sayang gila kat kamu. 
saya tau lately banyak perkara yang kita hiding.
saya hiding bukan sebab rasa kamu ni dah tak penting lagi. tapi saya hiding sebab saya takut saya lukakan hati kamu macam mana saya buat dekat orang orang lain. saya terima silap saya. kamu betul kan la saya. saya tak dak sapa sapa selain kamu untuk bercakap dari hati.
** gadis ini SYARUL NADIA BINTI IDRUS. i wanna love her forever.**

maaf mungkin saya bukan yang terbaik. saya cuba untuk jadi yang baik. kalau saya punya silap, betulkan. kalau saya ada terguris hati, maafkan la.  bila sebut perkataan sahabat, hanya seorang terbayang dalam fikiran saya. kamu. demi allah saya sayang kamu. saya sangat takut kamu hilang dari saya.

Satu hari Allah tarik dia dari kita. Allah tarik dia bukan dengan mematikan dia..tapi dengan membawa dia jauh dari kita, mungkin lah mematikan, mematikan komunikasi kita dan dia.

ni yang paling saya takutkan.

saya cuba untuk berbicara rasa hati, supaya mereka faham. kamu jugak pernah jatuh cinta kan? 


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.

menunggu untuk jatuh cinta bukan perkara yang boleh saya tetap bila dimana dengan siapa. cinta urusan hati. dan hati adalah urusan Allah.

sekian.
yang punya khilaf.
diana nordin








Wednesday 3 August 2011

ada BINATANG dalam hati kamu

kamu kata kamu mau perbaiki masa depan. untuk kita, kamu kata dia bukan lagi dalam fikiran kamu. dia pulak janji pada saya untuk beri waktu pada kita, tapi apa yang kamu buat? kamu dan dia tipu saya hidup2 lagi.
kamu jahanamkan masa depan saya.

kamu
tak pernah puas untuk mendera aku.
kamu siksa aku.
kamu perbodohkan aku
kamu buat aku menanggung sorang-sorang
kamu hati binatang.
binatang jugak punya rasa sayang.

kamu
kejam
jahat
ya aku benci kamu mulai sekarang
aku takkan maafkan kamu
aku takkan ampunkan kamu
sampai bila pun,mungkin sampai aku mati kali.

biar kamu sedar, disini. disini ada seorang perempuan yang kamu anaiya.
tuhan akan membalas semuanya.
suatu hari nanti kamu akan tau betapa sakitnya hati saya berdarah kerana kamu

sedihnya.
sekurang-kurang kamu jelaskan pada aku
bukan guna cara kotor macam ni untuk lepaskan semua beban kamu.
sedarkah kamu, aku seorang yang menanggung dan penuh tanda tanya?
aku perlukan penjelasan! cukup menyalahkan aku

Sunday 31 July 2011

airmata aku kerana kamu

31 JULAI 2011

Aku teringat kamu sangat-sangat. Sekian lama aku ingat aku dah kuat, tapi sebenarnya aku tersilap. Aku masih lemah. Aku masih tersekat disini. Aku teringat kamu sangat-sangat wahai hamba Allah yang amat aku sayang. Lupakah kamu pada aku? Bencikah kamu pada aku? Esok, hari pertama ramadhan. Aku masih ingat macamana kamu temankan aky berpuasa dulu. Aku rindu. Masa-masa kita. Aku rindu, demi Allah jujur dari hati aku, aku rindu kamu. Sejauh apa aku cuba tolak kamu ketepi, aku rindu. Aku sayang. 

Airmata, tak mampu nak ubatkan kehilangan kamu. Kesedihan aku. Makin berpalam. Beribu-ribu kali aku cuba untuk kuat, beribu-ribu kali aku akan lemah. Beribu-ribu kali aku cuba untuk lupakan kamu, beribu-ribu kali kamu semakin dekat.Kenapa? Mungkin terputus di tengah jalan. Mungkin jugak terlerai tanpa ikatan. Berulang kali aku dengar lagu ni, aku cuba berpegang pada takdir. Aku lemah. Aku penat mencuba. Tak punya hatikah kamu? 

semalam aku mimpi kamu. Hampir tiap malam aku mimpi kamu. Nak sangat aku jemput kamu dari alam mimpi aku terus aku bawa balik ke dunia nyata. Tapi mimpi jugak tak berpihak pada aku. Mimpi jugak sakit. Mimpi jugak buat aku menangis. Kamu satu antara seribu. Aku tak salahkan kamu. Aku tak marahkan kamu. Aku tak benci kamu. Aku tak dendam dengan kamu, aku tak dengki dengan kamu. Aku doakan kamu punya yang terbaik. Semuanya ketentuan tuhan. Kamu, kalau suatu hari nanti kamu jugak punya yang lebih baik dari tu jangan kamu buat dia seperti saya. Sakit. Luka. Berdarah. Berparut.

Aku kat sini, cuba untuk bangun balik. Terima kasih kamu sebab ajar aku erti sakit yang teramat sangat. Ajar aku erti airmata, ajar aku erti dibuang. Aku faham. Dan aku rasa.

Usah ragu dengan takdir, segalanya ketentuan tuhan. Segalanya akan baik-baik saya. Aku kat sini masih menunggu. Dan tunggu dan tunggu dan tunggu. :(

Wednesday 27 July 2011

sesuatu yang membebankan.

masalah?
runsing?
sedih?
keliru?
kecewa?

pernah rasa semua perasaan ni?
sabar.
sabar memang mudah aku nak ucapkan pada orang orang yang mengalami masalah macam ni. tapi sebenarnya, sabar tu mampu dilaksanakan kalau kamu punyai kekuatan hati yang luar biasa.
sesuatu yang membebankan eloklah dilepaskan, biar seperit apa pun. tolong lah hadapi dengan senyuman. tiada sapa yang dapat selamatkan diri kamu melainkan diri kamu sendiri. setiap pagi, bila bangun dari tidur motivasi diri kamu. harini pasti lebih baik dan cemerlang dari semalam.

jangan pernah kata susah. susah tu perkataan orang yang dah putus asa. perkataan negatif dari mulut orang yang sudah malas mau berusaha. tak susah, tak ada perkara yang susah dalam dunia ni. kalaulah makan itu susah, takkan kamu takkan makan lagi? jadikan ia rutin kamu. insyaAllah kamu akan terbiasa, lama kelamaan perkara yang susah apabila terbiasa pasti akan jadi senang. umpama anak kecil, yang bermula dari merangkak, dan terjatuh dan terjatuh lagi tiap kali mencuba untuk berdiri,lama kelamaan sudah mampu berlari.

kamu yang berkata tak boleh, tapi segalanya boleh dengan izin Allah. lepaskan semua, redha, dan usaha serta tawakal. insyaallah. perkara akan jadi lebih elok :)
semoga, hari demi hari akan membuatkan kita jadi manusia yang lebih baik. jangan pernah berdendam, jangan prasangka buruk, janganlah kamu khianati mereka yang mempercayai kamu.
saya mau mati dalam agama ISLAM yang satu.

i am stronger than you

dua puluh tiga tahun.
tahun 2011
aku cuma nak kisah ni jadikan pengajaran kat perempuan luar sana. ingat apapun yang terjadi, hidup kena teruskan.

sepanjang aku hidup, pada umur dua puluh tiga tahun baru aku rasa yang hidup ni sangat la menyakitkan.
aku disakiti, beribu ribu kali. aku menangis beribu ribu kali. aku kecewa beribu ribu kali..percaya pada orang yang takkan khianati aku. kononya. percaya pada janji. percaya pada perlakuan. terasa semangat nak hidup tu hilang. aku tak kerja hampir sebulan, mungkin lebih. yang mana aku sendiri tak ingat lagi.aku menjahanamkan masa depan aku sendiri.

perempuan,
hargaila diri kamu, jangan sesekali kamu hambakan diri kamu pada mereka yang tak reti menghargai kamu. bangun dan teguh. tolonglah. buktikan pada mereka, yang kita boleh berdiri atas kaki kita sendiri. aku lambat tersedar. 6tahun tu aku jadikan pengalaman, 6tahun tu aku jadikan iktibar. 6tahun tu aku jadikan sempadan aku untuk aku kenal dengan mana mana manusia sekali pun!

perempuan,
kita punya hak. hak untuk gembira, hak untuk bahagia, siapa mereka yang sesuka hatinya untuk buat kita menangis dan rebah? kita bukan hilang keluarga sayang. bukan hilang mama dan abah. bukan hilang adik dan saudara. kita tak layak disakiti. tak layak diperlakukan sebagai objek.

perempuan,
berhenti merayu pada lelaki yang tak reti menghargai kamu. satu masa dulu aku rasa dunia aku dah tamat. tips aku sediakan kat sini, apa jua keadaan sekalipun ibu kamu tu sentiasa ada. bercerita pada dia. alhamdulillah. segala apa yang aku rasa aku luahkan pada ibu yang satu. dia serapkan aku semangat, dia serapkan aku kasih sayang. dia serapkan ke dalam jiwa aku yang aku masih  mampu untuk teruskan hidup.

perempuan,
susah sangat aku buat, dari hari ke hari aku cuba. jatuh dan bangun. dan bangun dan bangun lagi. kehilangan seorang yang aku sayang, bukan bermakna aku hilang semuanya, mungkin dia bukan terbaik untuk aku. segala yang aku impikan kalau tak direstui Allah aku yakin yang Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik di masa depan. aku sedang cuba menghargai mereka yang sayang aku. baru aku sedar, masih ramai yang menghargai aku. jangan takut perempuan, masih ada ruang untuk kita tak kira siapa kita dulu. yang penting bertaubat dan berusaha untuk mula hidup baru. insyaAllah akan ada yang menerima diri kamu apa adanya

perempuan,
jangan sesekali lakukan tindakkan bodoh. patah hati bukan bermakna kamu sudah tidak layak untuk hidup. bukan bermakna dunia kamu dah kiamat, percaya la cakap aku. kesedihan,airmata,luka berdarah, semua tu kalau digunakan sebagai batu loncatan untuk anjakkan masa depan, insyaAllah kejayaan yang kamu rasai itu lebih nikmat berbanding yang dulu dulunya.buktikan pada orang yang menghina kamu bahawa kamu boleh bangun. banggakan mereka sekaligus memalukan mereka balik. berusaha.

saya dah mampu tersenyum ni kamu, tengoklah senyuman saya, hidup saya sekarang. siapa saya sekarang. saya dah jumpa matlamat saya. akan saya usahakan walaupun payah. berbalam hati saya. akan saya cuba tampalkan. kamu, bahagia ya. saya maafkan kamu. ada masa kita JUMPA KAT SANA :)

yang sentiasa berdoa,
DN