BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 31 July 2011

airmata aku kerana kamu

31 JULAI 2011

Aku teringat kamu sangat-sangat. Sekian lama aku ingat aku dah kuat, tapi sebenarnya aku tersilap. Aku masih lemah. Aku masih tersekat disini. Aku teringat kamu sangat-sangat wahai hamba Allah yang amat aku sayang. Lupakah kamu pada aku? Bencikah kamu pada aku? Esok, hari pertama ramadhan. Aku masih ingat macamana kamu temankan aky berpuasa dulu. Aku rindu. Masa-masa kita. Aku rindu, demi Allah jujur dari hati aku, aku rindu kamu. Sejauh apa aku cuba tolak kamu ketepi, aku rindu. Aku sayang. 

Airmata, tak mampu nak ubatkan kehilangan kamu. Kesedihan aku. Makin berpalam. Beribu-ribu kali aku cuba untuk kuat, beribu-ribu kali aku akan lemah. Beribu-ribu kali aku cuba untuk lupakan kamu, beribu-ribu kali kamu semakin dekat.Kenapa? Mungkin terputus di tengah jalan. Mungkin jugak terlerai tanpa ikatan. Berulang kali aku dengar lagu ni, aku cuba berpegang pada takdir. Aku lemah. Aku penat mencuba. Tak punya hatikah kamu? 

semalam aku mimpi kamu. Hampir tiap malam aku mimpi kamu. Nak sangat aku jemput kamu dari alam mimpi aku terus aku bawa balik ke dunia nyata. Tapi mimpi jugak tak berpihak pada aku. Mimpi jugak sakit. Mimpi jugak buat aku menangis. Kamu satu antara seribu. Aku tak salahkan kamu. Aku tak marahkan kamu. Aku tak benci kamu. Aku tak dendam dengan kamu, aku tak dengki dengan kamu. Aku doakan kamu punya yang terbaik. Semuanya ketentuan tuhan. Kamu, kalau suatu hari nanti kamu jugak punya yang lebih baik dari tu jangan kamu buat dia seperti saya. Sakit. Luka. Berdarah. Berparut.

Aku kat sini, cuba untuk bangun balik. Terima kasih kamu sebab ajar aku erti sakit yang teramat sangat. Ajar aku erti airmata, ajar aku erti dibuang. Aku faham. Dan aku rasa.

Usah ragu dengan takdir, segalanya ketentuan tuhan. Segalanya akan baik-baik saya. Aku kat sini masih menunggu. Dan tunggu dan tunggu dan tunggu. :(

1 comment:

  1. terharu nyek..
    sama lah nasib kita..cuba untuk bgn dr terus lemah..

    ReplyDelete