BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 20 September 2011

SILENT

Assalamualaikum
selamat pagi

Ada sesuatu yang mau saya katakan, tapi tak terbicara oleh bibir. maka saya turunkan kata kata itu dari hati terus ke jari. 

Seseorang pernah kata pada saya  :
 "dalam dunia ni, jangan terlampau fikirkan perasaan orang kalau perasaan kita sendiri terabai"

saya cuba memahami kata kata tersebut. perlu jadi kejamkah? heartless?
susah. sebab saya manusia yang ada hati perasaan dan fikiran.


diana, masalah tu bukan untuk difikirkan tapi untuk diselesaikan.
apa bengap bebenor kamu. kalau tak fikir macamana nak dapat jalan penyelesaian?

orang sekeliling? takkan tolong kamu. mungkin akan ada yang tundingkan jari pada kamu. mungkin ada
yang akan terus ketawakan kamu. cuma yang benar benar sahabat akan datang dekat kamu, pegang tangan kamu dan bangunkan kamu dari jatuh lagi. pegang erat.

sebak masa menaip post ni. sebab semuanya dari hati
pernah kamu dipersalahkan ? mungkin kali tanpa sebab kamu dipersalahkan?
mengikut kata hati? untuk buat kamu gembira. saya disituasi itu.
ibu kata, ikut kata hati tak salah walaupun orang kata yang kata hati tu tak semestinya betul. tapi tak salahkan kalau kita ikut dan mencuba yang terbaik untuk dapatkan apa kata hati kita mau? sekurang-kurangnya kalau kita tak dapat dan bukan rezeki kita, kita dah mencuba. dan bukannya kita duduk saja untuk lihat apa yang kita mau tu berlalu saja depan mata. lagi sakit bukan?

sayang, saya sayang gila kat kamu. 
saya tau lately banyak perkara yang kita hiding.
saya hiding bukan sebab rasa kamu ni dah tak penting lagi. tapi saya hiding sebab saya takut saya lukakan hati kamu macam mana saya buat dekat orang orang lain. saya terima silap saya. kamu betul kan la saya. saya tak dak sapa sapa selain kamu untuk bercakap dari hati.
** gadis ini SYARUL NADIA BINTI IDRUS. i wanna love her forever.**

maaf mungkin saya bukan yang terbaik. saya cuba untuk jadi yang baik. kalau saya punya silap, betulkan. kalau saya ada terguris hati, maafkan la.  bila sebut perkataan sahabat, hanya seorang terbayang dalam fikiran saya. kamu. demi allah saya sayang kamu. saya sangat takut kamu hilang dari saya.

Satu hari Allah tarik dia dari kita. Allah tarik dia bukan dengan mematikan dia..tapi dengan membawa dia jauh dari kita, mungkin lah mematikan, mematikan komunikasi kita dan dia.

ni yang paling saya takutkan.

saya cuba untuk berbicara rasa hati, supaya mereka faham. kamu jugak pernah jatuh cinta kan? 


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.

menunggu untuk jatuh cinta bukan perkara yang boleh saya tetap bila dimana dengan siapa. cinta urusan hati. dan hati adalah urusan Allah.

sekian.
yang punya khilaf.
diana nordin








No comments:

Post a Comment