BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 27 July 2011

i am stronger than you

dua puluh tiga tahun.
tahun 2011
aku cuma nak kisah ni jadikan pengajaran kat perempuan luar sana. ingat apapun yang terjadi, hidup kena teruskan.

sepanjang aku hidup, pada umur dua puluh tiga tahun baru aku rasa yang hidup ni sangat la menyakitkan.
aku disakiti, beribu ribu kali. aku menangis beribu ribu kali. aku kecewa beribu ribu kali..percaya pada orang yang takkan khianati aku. kononya. percaya pada janji. percaya pada perlakuan. terasa semangat nak hidup tu hilang. aku tak kerja hampir sebulan, mungkin lebih. yang mana aku sendiri tak ingat lagi.aku menjahanamkan masa depan aku sendiri.

perempuan,
hargaila diri kamu, jangan sesekali kamu hambakan diri kamu pada mereka yang tak reti menghargai kamu. bangun dan teguh. tolonglah. buktikan pada mereka, yang kita boleh berdiri atas kaki kita sendiri. aku lambat tersedar. 6tahun tu aku jadikan pengalaman, 6tahun tu aku jadikan iktibar. 6tahun tu aku jadikan sempadan aku untuk aku kenal dengan mana mana manusia sekali pun!

perempuan,
kita punya hak. hak untuk gembira, hak untuk bahagia, siapa mereka yang sesuka hatinya untuk buat kita menangis dan rebah? kita bukan hilang keluarga sayang. bukan hilang mama dan abah. bukan hilang adik dan saudara. kita tak layak disakiti. tak layak diperlakukan sebagai objek.

perempuan,
berhenti merayu pada lelaki yang tak reti menghargai kamu. satu masa dulu aku rasa dunia aku dah tamat. tips aku sediakan kat sini, apa jua keadaan sekalipun ibu kamu tu sentiasa ada. bercerita pada dia. alhamdulillah. segala apa yang aku rasa aku luahkan pada ibu yang satu. dia serapkan aku semangat, dia serapkan aku kasih sayang. dia serapkan ke dalam jiwa aku yang aku masih  mampu untuk teruskan hidup.

perempuan,
susah sangat aku buat, dari hari ke hari aku cuba. jatuh dan bangun. dan bangun dan bangun lagi. kehilangan seorang yang aku sayang, bukan bermakna aku hilang semuanya, mungkin dia bukan terbaik untuk aku. segala yang aku impikan kalau tak direstui Allah aku yakin yang Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik di masa depan. aku sedang cuba menghargai mereka yang sayang aku. baru aku sedar, masih ramai yang menghargai aku. jangan takut perempuan, masih ada ruang untuk kita tak kira siapa kita dulu. yang penting bertaubat dan berusaha untuk mula hidup baru. insyaAllah akan ada yang menerima diri kamu apa adanya

perempuan,
jangan sesekali lakukan tindakkan bodoh. patah hati bukan bermakna kamu sudah tidak layak untuk hidup. bukan bermakna dunia kamu dah kiamat, percaya la cakap aku. kesedihan,airmata,luka berdarah, semua tu kalau digunakan sebagai batu loncatan untuk anjakkan masa depan, insyaAllah kejayaan yang kamu rasai itu lebih nikmat berbanding yang dulu dulunya.buktikan pada orang yang menghina kamu bahawa kamu boleh bangun. banggakan mereka sekaligus memalukan mereka balik. berusaha.

saya dah mampu tersenyum ni kamu, tengoklah senyuman saya, hidup saya sekarang. siapa saya sekarang. saya dah jumpa matlamat saya. akan saya usahakan walaupun payah. berbalam hati saya. akan saya cuba tampalkan. kamu, bahagia ya. saya maafkan kamu. ada masa kita JUMPA KAT SANA :)

yang sentiasa berdoa,
DN

No comments:

Post a Comment