BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 31 July 2011

airmata aku kerana kamu

31 JULAI 2011

Aku teringat kamu sangat-sangat. Sekian lama aku ingat aku dah kuat, tapi sebenarnya aku tersilap. Aku masih lemah. Aku masih tersekat disini. Aku teringat kamu sangat-sangat wahai hamba Allah yang amat aku sayang. Lupakah kamu pada aku? Bencikah kamu pada aku? Esok, hari pertama ramadhan. Aku masih ingat macamana kamu temankan aky berpuasa dulu. Aku rindu. Masa-masa kita. Aku rindu, demi Allah jujur dari hati aku, aku rindu kamu. Sejauh apa aku cuba tolak kamu ketepi, aku rindu. Aku sayang. 

Airmata, tak mampu nak ubatkan kehilangan kamu. Kesedihan aku. Makin berpalam. Beribu-ribu kali aku cuba untuk kuat, beribu-ribu kali aku akan lemah. Beribu-ribu kali aku cuba untuk lupakan kamu, beribu-ribu kali kamu semakin dekat.Kenapa? Mungkin terputus di tengah jalan. Mungkin jugak terlerai tanpa ikatan. Berulang kali aku dengar lagu ni, aku cuba berpegang pada takdir. Aku lemah. Aku penat mencuba. Tak punya hatikah kamu? 

semalam aku mimpi kamu. Hampir tiap malam aku mimpi kamu. Nak sangat aku jemput kamu dari alam mimpi aku terus aku bawa balik ke dunia nyata. Tapi mimpi jugak tak berpihak pada aku. Mimpi jugak sakit. Mimpi jugak buat aku menangis. Kamu satu antara seribu. Aku tak salahkan kamu. Aku tak marahkan kamu. Aku tak benci kamu. Aku tak dendam dengan kamu, aku tak dengki dengan kamu. Aku doakan kamu punya yang terbaik. Semuanya ketentuan tuhan. Kamu, kalau suatu hari nanti kamu jugak punya yang lebih baik dari tu jangan kamu buat dia seperti saya. Sakit. Luka. Berdarah. Berparut.

Aku kat sini, cuba untuk bangun balik. Terima kasih kamu sebab ajar aku erti sakit yang teramat sangat. Ajar aku erti airmata, ajar aku erti dibuang. Aku faham. Dan aku rasa.

Usah ragu dengan takdir, segalanya ketentuan tuhan. Segalanya akan baik-baik saya. Aku kat sini masih menunggu. Dan tunggu dan tunggu dan tunggu. :(

Wednesday 27 July 2011

sesuatu yang membebankan.

masalah?
runsing?
sedih?
keliru?
kecewa?

pernah rasa semua perasaan ni?
sabar.
sabar memang mudah aku nak ucapkan pada orang orang yang mengalami masalah macam ni. tapi sebenarnya, sabar tu mampu dilaksanakan kalau kamu punyai kekuatan hati yang luar biasa.
sesuatu yang membebankan eloklah dilepaskan, biar seperit apa pun. tolong lah hadapi dengan senyuman. tiada sapa yang dapat selamatkan diri kamu melainkan diri kamu sendiri. setiap pagi, bila bangun dari tidur motivasi diri kamu. harini pasti lebih baik dan cemerlang dari semalam.

jangan pernah kata susah. susah tu perkataan orang yang dah putus asa. perkataan negatif dari mulut orang yang sudah malas mau berusaha. tak susah, tak ada perkara yang susah dalam dunia ni. kalaulah makan itu susah, takkan kamu takkan makan lagi? jadikan ia rutin kamu. insyaAllah kamu akan terbiasa, lama kelamaan perkara yang susah apabila terbiasa pasti akan jadi senang. umpama anak kecil, yang bermula dari merangkak, dan terjatuh dan terjatuh lagi tiap kali mencuba untuk berdiri,lama kelamaan sudah mampu berlari.

kamu yang berkata tak boleh, tapi segalanya boleh dengan izin Allah. lepaskan semua, redha, dan usaha serta tawakal. insyaallah. perkara akan jadi lebih elok :)
semoga, hari demi hari akan membuatkan kita jadi manusia yang lebih baik. jangan pernah berdendam, jangan prasangka buruk, janganlah kamu khianati mereka yang mempercayai kamu.
saya mau mati dalam agama ISLAM yang satu.

i am stronger than you

dua puluh tiga tahun.
tahun 2011
aku cuma nak kisah ni jadikan pengajaran kat perempuan luar sana. ingat apapun yang terjadi, hidup kena teruskan.

sepanjang aku hidup, pada umur dua puluh tiga tahun baru aku rasa yang hidup ni sangat la menyakitkan.
aku disakiti, beribu ribu kali. aku menangis beribu ribu kali. aku kecewa beribu ribu kali..percaya pada orang yang takkan khianati aku. kononya. percaya pada janji. percaya pada perlakuan. terasa semangat nak hidup tu hilang. aku tak kerja hampir sebulan, mungkin lebih. yang mana aku sendiri tak ingat lagi.aku menjahanamkan masa depan aku sendiri.

perempuan,
hargaila diri kamu, jangan sesekali kamu hambakan diri kamu pada mereka yang tak reti menghargai kamu. bangun dan teguh. tolonglah. buktikan pada mereka, yang kita boleh berdiri atas kaki kita sendiri. aku lambat tersedar. 6tahun tu aku jadikan pengalaman, 6tahun tu aku jadikan iktibar. 6tahun tu aku jadikan sempadan aku untuk aku kenal dengan mana mana manusia sekali pun!

perempuan,
kita punya hak. hak untuk gembira, hak untuk bahagia, siapa mereka yang sesuka hatinya untuk buat kita menangis dan rebah? kita bukan hilang keluarga sayang. bukan hilang mama dan abah. bukan hilang adik dan saudara. kita tak layak disakiti. tak layak diperlakukan sebagai objek.

perempuan,
berhenti merayu pada lelaki yang tak reti menghargai kamu. satu masa dulu aku rasa dunia aku dah tamat. tips aku sediakan kat sini, apa jua keadaan sekalipun ibu kamu tu sentiasa ada. bercerita pada dia. alhamdulillah. segala apa yang aku rasa aku luahkan pada ibu yang satu. dia serapkan aku semangat, dia serapkan aku kasih sayang. dia serapkan ke dalam jiwa aku yang aku masih  mampu untuk teruskan hidup.

perempuan,
susah sangat aku buat, dari hari ke hari aku cuba. jatuh dan bangun. dan bangun dan bangun lagi. kehilangan seorang yang aku sayang, bukan bermakna aku hilang semuanya, mungkin dia bukan terbaik untuk aku. segala yang aku impikan kalau tak direstui Allah aku yakin yang Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik di masa depan. aku sedang cuba menghargai mereka yang sayang aku. baru aku sedar, masih ramai yang menghargai aku. jangan takut perempuan, masih ada ruang untuk kita tak kira siapa kita dulu. yang penting bertaubat dan berusaha untuk mula hidup baru. insyaAllah akan ada yang menerima diri kamu apa adanya

perempuan,
jangan sesekali lakukan tindakkan bodoh. patah hati bukan bermakna kamu sudah tidak layak untuk hidup. bukan bermakna dunia kamu dah kiamat, percaya la cakap aku. kesedihan,airmata,luka berdarah, semua tu kalau digunakan sebagai batu loncatan untuk anjakkan masa depan, insyaAllah kejayaan yang kamu rasai itu lebih nikmat berbanding yang dulu dulunya.buktikan pada orang yang menghina kamu bahawa kamu boleh bangun. banggakan mereka sekaligus memalukan mereka balik. berusaha.

saya dah mampu tersenyum ni kamu, tengoklah senyuman saya, hidup saya sekarang. siapa saya sekarang. saya dah jumpa matlamat saya. akan saya usahakan walaupun payah. berbalam hati saya. akan saya cuba tampalkan. kamu, bahagia ya. saya maafkan kamu. ada masa kita JUMPA KAT SANA :)

yang sentiasa berdoa,
DN