BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2011

Hargai perempuan kamu

Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat dat
ang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

Thursday 20 October 2011

bila perempuan mahu menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Tuesday 4 October 2011

try not to hate your boyfriend's ex!!







Bencikan anda pada ur boyfriend/girlfriend, husband or your wife's EX?kadang2 kita kene terima,kite bukan cinta pertama dia..maybe kite ni cinta kedua.or cinta yg xterkira bilangan nya..

selalu sangat aku dengar kawan2.orang sekeliling....or sesiapa saja merungut:-


i hate my bf’ex..She’s annoying..She’s too perfect, oh I hate it..mencikkk die, dah clash still nak msg lagi my boyfie.. Always texting my bf..Telling him things that happened in the past..mencik!!



ha..tu perkara normal terjadi kan.kdang2,sampai kite obsess nak tahu tentang ex pasangan kita..sampaikan status kita bertukar jadi permanent stalker tak bergaji..yang lebih teruk..ada sampai sanggup buat fake fb semata2 nak add boyfriend’s ex, just nak stalk semua tentang dia.kadang2 dengan boyfie pon kita mengungkit semua..habis diselak digondol asalkan kita tahu tentang ex dia.sampaikan menda kecik2 pon kita leh sakit hati..oo.dengan ex awk..awk bagi bunga besar cam gajah..ngn saya awk bagi bunga kecik giler sampai tengok dengan kanta pembesar pon xnampak lagi!!mencik awak!

nasihat aku..first...jangan benci ur bf’ex..menda yang lepas biarkan jelah..maybe ade benda pasal dia yang kite cemburu, xpuas hati or apa..tapi think positive la..pasti ada yang istimewa pada kita yang buatkan die pilih kita, not his ex kan?
Then kita tak payah kot nak berlebih2..cam nak masuk pertandingan miss universe pon ade just nak bagi nampak kita lebih dari ex dia. bagi aku, nak menawan hati bf.no need untuk berlawan2..just be yourself. maybe kita risau because shes apparently prettier then you in your bf eyes..tapi itu just perasan kita je..Just remember, if he still liked her he would still be with her..if not..Mean that..we are beautiful enuf in his eyes rite?
kita pon xpayahlah nak stalk die..nak comparing die dengan kite..buang masa..xpayah nak usha apa die pakai..bedak ape die pakai..berapa saiz bra die..cun ke die..bagaimana die..ingat, kita xkan dapat apa2 dengan stalk our bf’s ex.kita tak akan dapat menangkan hati die dengan cara sebegitu..apa yang penting..kalau kita nak bahagia..jadilah diri kita sendiri.

tak perlu bertanya..saya dengan ex awk mana baik?saya ngn ex awk mana lagi sopan?saya ngn ex awak mana lagi cantik?no need babe trust me it wont gain anything beneficial. kalau kita buat mcm tu..seolah olah kita tak ihklas menyayangi pasangan kita..kita jadilah pasangan yang terbaik untuk dia, ikhlas..percayalah..satu hari..bf kita pulak akan cakap..awk xterbanding dengan sesiapa pon..even my ex.awk lebih segala2nya..kan dah berbunge2 hati?
aku pulak?

-kalaulah..bf aku ada ex..aku tak akan membenci his ex melainkan his ex yang menginginkan aku membenci dia.. I will never hate her without even knowing her.
aku terima masa silam bf aku dengan dia dan aku cuba untuk tidak mempersoalkan..aku tak akan dan tidak pernah cuba untuk berlawan dengan dia hanya kerana untuk memenangi hati pasangan aku..sebab aku nak pasangan aku meyayangi aku seadanya..
aku x akan pernah nak stalk tentang ex die semua, or nak tahu everything tentang die..memadai aku tahu nama die siapa..setakat mana pasangan aku menceritakan tentang dia.setakat itu sahaja.aku tidak mahu tahu lebih.just wasting my time.isnt it?
dan setiapkali aku memikirkan tentang perasaan pasangan aku terhadap die yang boleh buat aku jeles tahap bangang....aku akan set awal2 dalam kepala aku.. (ini hanya terapi dalaman sahaja tuk buat aku confident)

am I rite?


-Acted like I was better than she was. have a strong attitude, and just act like I am better than everyone else around me (not in a rude way, I just act like nobody has the authority to put me down!). This makes me feel stronger and more confident. Acting is more powerful than you think!

TO ALL THE GOOD LADIES OUT THERE...IF THE MAN IS WITH YOU AND NOT HER, FORGET ABOUT THE EX !!She is not worth your troubles.we are all jealousy by nature..i mean we just are.. So just enjoy your man.
vice versa for guys..dont hate ur gf’ex.:)


p/s: ini hanyalah pesanan saje..tiada kene mengena dengan aku. I have a boyfriend. i don’t have time to care about his past..his ex..or everything happened before..but this bf..i do care so much!